3.21.2009

MAKANAN

Makanan & Hikmahnya dalam Islam

ROTI (KHUBZ)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

JINTAN MANIS (ANISUN)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

EPAL (TUFFAH)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

ASPARAGUS (HIYAWN)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

PISANG (MAWZ)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

BARLI (SYA'IR)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

SELASIH (MANIS RAYHAN)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

MENTEGA (ZUBDAH)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

BUNGA KUBIS (QUNNABIT)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

CHAMOMILE (BABUNAJ)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

LOBAK MERAH

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

BIJI HITAM (HABB AL SAUDA)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

BIJI KOPI (QAHWAH)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

AYAM (DAJAJ)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras . Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

KULIT KAYU MANIS (DARCHINI)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

LIMAU KULIT TEBAL, WARNA KUNING PUCAT, KURANG MENGANDUNGI ASID (UTRUJJ)

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

TIMUN (QITTA')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

JINTAN PUTIH (KAMMUN)

Jintan putih (kammun) khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

TAMAR KERING (TAMR)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

TERUNG (BADHIJAN)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

TELUR (BAYDAH)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

'ENDIVE' (HINDIBA)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

FENUGREEK (HULBAH) / HALBA

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

BUAH ARA FIG (FIN) / BUAH TIN

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

IKAN (SAMAK)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

BAWANG PUTIH (THUM)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

MINYAK SAPI (SAMN)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

HALIA (ZANJABIL)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

INAI (HENNA)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

MADU LEBAH(A'SAL)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

KEKACANG (A'DAS)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

SALAD (KHASS)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

DAGING (LAHM)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California

3.20.2009

Mutiara Hadith Jumaat 23 Rabiulawal 1430h.

SALAM….

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Kubur itu adalah salah satu lubang neraka atau taman-taman syurga”Hadith Riwayat Tarmizi”

 

 

 

thanksallahbyairyhil5

 

 

SDC10568

Masjid kristal Terangganu

3.19.2009

Baca dan renung2kan lah.

DSC_1120          sal-8

 

 

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.

Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA.

Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KETUJUH.

Percayailah cinta pandang pertama.

KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.

Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.

     Berpeganglah kepada tiga R:

  • Rasa hormat pada diri sendiri;
  • Rasa hormat kepada orang lain;
  • Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

3.18.2009

17hb Mac 2009

Anak ialah anugerah Allah

FIRMAN Allah, Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. (An-Nahl: 58)

Huraian

Al-Quran telah menunjukkan gambaran tentang sikap buruk orang arab Jahiliah yang apabila dikurniakan anak perempuan mereka merasa terlalu dukacita sehingga ternampak kemurungan di wajah masing-masing.

Memendam perasaan marah dan dukacita seolah-olah anak perempuan itu membawa kecelakaan kepada keluarga mereka. Sedangkan anak perempuan juga adalah kurniaan Allah s.w.t seperti anak lelaki.

Mengapa mereka berdukacita, sedangkan mereka sendiri tidak berkuasa untuk menentukan jantina anak di dalam rahim ibu, apatah lagi untuk meniupkan roh ke dalam janin.

Dengan hanya mengenangkan hayat seorang insan yang berkembang subur dengan keizinan Allah dari setitis nutfah kepada seorang manusia sempurna sudah cukup untuk kita menyambut bayi yang lahir itu dengan penuh kegembiraan, walau apa pun jantinanya.

Oleh itu, mengapa orang yang disampaikan berita kelahiran anak perempuan itu menjadi dukacita dan menyembunyikan dirinya dari orang ramai setelah menerima berita yang buruk itu, sedangkan dia tidak pernah mencipta dan membentuk rupa bayi itu, malah dia hanya merupakan alat kudrat Ilahi dalam proses kelahiran mukjizat yang gemilang itu.

Hikmat Allah dan peraturan hidup telah menentukan bahawa anak itu adalah terjadi dari pasangan lelaki dan perempuan. Oleh itu, perempuan merupakan unsur utama di dalam peraturan hidup sama seperti lelaki juga, malah peranan perempuan lebih besar lagi kerana merupakan wadah perkembangan dan pertumbuhan bayi.

Kesimpulan

Sebagai hamba yang lemah, kita hendaklah menerima anugerah Allah sama ada anak lelaki mahupun perempuan. Kedua-duanya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.

Anak lelaki atau perempuan masing-masing mempunyai peranan kerana tanpa kedua-duanya tidak akan wujud generasi manusia yang akan memakmurkan bumi ini. Bahkan peranan wanita itu sangat besar dalam menempatkan atau mengandung bayi sebelum ia menjadi seorang manusia sama ada ia lelaki atau perempuan.

 

DSC_0411

Gambar kenangan dihari persandingan.

 

024

Dari kanan atas,,Nora,Shafuddin

Athirah Bazillah

ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.

5030050HvLW-1

Kami tidak boleh hidup tanpa mu Ya Allah

Tidak selamat kami tanpa Mu

Assalammualaikumwarahmatullahhibarawakatuh......

Kalau ada orang tidak memerlukan Allah

Ertinya dia akan kelaparan

Tanpa pemberian Allah

Jika sakit siapa yang menyembuhkan

Kalau tidak Allah

Kalau ada marabahaya

Siapakah yang akan melepaskan

Kalau bukan Allah

Kalau tidak perlukan Allah

Siapakah hendak memberi pakaian

Siapa yang melindungi dari kesusahan

Siapakah yang menolong

Siapakah yang akan menyelamatkan

Kalau bukan Allah

Kerana Allah itu adalah segalanya

Tidak ada satu benda yang terkecuali

Jangan anggap Allah itu hanya menghukum

Menghidupkan dan mematikan manusia

Mengazab orang yang derhaka kedalam neraka

Memberi nikmat orang yang taat kedalam syurga

Allah itu adalah segala-galanya

Allah itu  sifat Rahman dan Rahimnya

Amat luasnya, kasih sayang kepada hamba-hambanya

anak rantau di negeri orang biar pandai membawa diri…….

DSC00348-2

aku bersama mama mentua…..

jubliee 003

Pantai Kuala Belait.

Ini lah kehidupan,,biar dilanda golombang pasti tetap ku harungi jua..sekali pun rebah kena bangun sendiri.dari kesabaran yang ada insya ALLAH akan aku harungi segala rintangan yang bakal mendatang..

Keluarga tersayang walau jauh dimata tapi dekat dihati..

DSC_0422

Ayah dan mak tiri dihari persandingan anak ku yg bungsu….Jodoh bila ia datang tiada yg dapat menghalang..begitu lah ..aku redha…….

 

DSC_0419

Inilah family ku sekarang,dulu berlima sekarang dah tambah satu.Mudahan ia nya akan kekal hingga ke akhir hayat,,Aminnnnnn

 

DSC_0396

Bertaut dua sejoli bertemu dua keluarga mengeratkan  lagi silaturahim antara umat islam…..

 

mukadimah ku masih panjang belum terisi ke ruang blog insya ALLAH andai esok masih ada bagi ku akan ku layari lagi.menulis-dan terus menulis selagi nyawa dikandung badan,,,..

 

DSC_0487

sesekali bila bersama mau juga nak ambil gambar sebagai kenang-kenangan…mari aku perkenalkan… yg duduk kat atas kerusi baju color oren gitu,,,adik ku,,yg fesyen colorful pula adik yg bungsu,,ok ya duduk dari kiri kakak,satu2nya kakak yg aku ada,,duduk antara aku n kakak pun adik,so adik-beradik lelaki semua lagi ikut isteri takde masa nak take picture sama2.what to do….sabo ja la aku..(kesemua ada 9-5ppuan n 4llaki)aku ya nombor 3……

BLOG TEMPAT MELEPAS GERAM……….

sejahat-jahat manusia adalah manusia yang penuh dengan pura-pura bila berkata-kata.dari itu cermin-cermin lah……..

030

Teman Setiaku DELL

DSCN0385

DSCN0376

MELAKA ME N MY FRIEND

008-1

GRAND PALACE

pantai jubliee 18.3.09 002

DSC_0960 DSC_1010 

DSC_0954 DSC_1009

PANTAI KUALA BELAIT

BRUNEI